Kes Kalimah Allah..
Janganlah kita terlalu mudah menunding jari menyalahkan pihak lain. Cuba bertindak menjadi hero memberi pendapat umum sedangkan pihak alim ulama masih belum mengeluarkan sebarang fatwa. Ini buleh memberi kekeliruan ummah. Jangan terlalu bermegah dengan pandangan sendiri tanpa menghiraukan pendapat pihak lain. Bila ckp sedikit… suruh rujuk Al-Quran… ckp sikit rujuk Al-Quran.. apakah anda faham surah dan isi kandungan Al-Quran? Adakah yang dirujuk anda itu Al-Quran di dalam bahasa Arabnya atau yang diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda anda? Kalau diterjemahkan itu bermaksud tafsir AL-QURAN. Kalau disebut tafsir Al-Quran, kena rujuk semula beberapa kitab tafsir lain untuk mengelakkan berlaku kesalahan tafsiran dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kalau disebut hadith, kena rujuk kitab-kitab hadith dan guru-guru yang mengajar pasal hadith. Kalau disebut fatwa, kena rujuk pula hujjah yang menyokong fatwa itu. Kalau wujudnya khilaf, perlu rujuk semula hujjah dua khilaf itu dan pendapat guru-guru kuliah.
Belajar agama secara sendiri tanpa panduan guru dan ulama adalah amat dibimbangi kerana syaitan itu berada disamping umat Adam dan bersedia untuk menyesatkan. Ini buleh diibaratkan apabila seseorang baru belajar membaca Al-Quran secara bersendirian tanpa seorang guru untuk membetulkan tajwidnya.
Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Ta’ala di dalam firman-Nya:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia beramal shalih dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah kepada-Nya.” (QS. Al Kahfi: 110)
Allah juga berfirman di dalam firman-Nya:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
“Dan sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang menyerukan ‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain Allah)’” (QS. An Nahl: 36)
Apa yang ditulis di sini adalah sebagai memberi peringatan dan keinsafan kepada diri sendiri. Wallahualam
Aku pun rock jugak… tapi tak derla hipokrit…
09 January 2010
كلمه الله
Posted by JaNpIrAtE at 23:28
